Tips Ubat Yang Perlu Ada Ketika Balik Kampung Atau Semasa Travel
Sudah pasti ramai yang tengah bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Ada yang dah start packing barang?
Haa, buat checklist siap-siap takut ada barang & bekalan penting yang tertinggal pula nanti!
Sambil-sambil tu, boleh masukkan juga list bekalan ubat-ubatan basic yang perlu ada ketika pulang ke kampung.
Kita perlu ambil langkah berjaga-jaga ya! Ada fasiliti kesihatan yang bercuti di musim perayaan. Ada juga yang sukar diakses sepanjang perjalanan. Jadi agak susah untuk dapatkan bekalan ubat-ubatan.
Jadi,… Ubat Apa Yang Perlu Di Bawa Ketika Balik Kampung atau Semasa Travel?

Biasanya ada 3 senario biasa yang berkemungkinan boleh berlaku di kampung halaman atau sepanjang travel:
1. Tak sedap badan, rasa macam demam, selsema, batuk-batuk. Di musim perayaan pula sangat sinonim dengan hidangan air sejuk berais kan? Hah, apa lagi.. Standby juga kalau-kalau sakit tekak nanti!
Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas:
β
Paracetamol
– Demam, tak sedap badan, pening kepala
β
Loratadine
– Selsema/alahan/gatal
– Tidak mengantuk, siapa drive boleh ambil
β Cloperastine HCl (batuk) + Bromhexine (jika ada kahak)
β
OTC throat lozenges
– Melegakan sakit tekak
– Ada juga buat hilang ngantuk ketika driveπ
2. Mabuk jalan? Atau makan terlalu banyak?Rasa macam tersalah makan? Haish, mulalah perut rasa sakit, kejang dan cirit birit!
Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas:
β
Dimenhydrinate
– Mengelakkan / mengurangkan muntah, loya, pening kepala dan mabuk jalan
β
Charcoal tablets
– Disarankan pengambilan ketika sakit perut, cirit birit
– General detoxification agents. Boleh bantu nyah toksin di dalam perut
β
Hyoscine butylbromide
– Sakit perut, perut kejang dan tidak selesa
β
ORS (air garam)
– Mengelakkan dehidrasi ketika perjalanan jauh & sakit perut
3. Rasa macam tersalah urat angkat beg-beg yang berat? Sakit pinggang ubah suai kedudukan perabot dalam rumah? Sambil-sambil membawang nak masak rendang terhiris jari?
Hah, perlu standby apa? Antara yang boleh membantu:
β
Mefenamic acid
– Ubat tahan sakit
β
Pain management cream/oinments
– Melegakan kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan
β
Krim luka
– Mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka kecil
β
Plaster luka
– First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana!
Ni antara idea bekalan ubat-ubatan untuk orang dewasa. Tapi kebanyakkannya merupakan ubat-ubatan terkawal ya! Perlu dapatkan khidmat nasihat pegawai farmasi jika perlukan ubat-ubatan ni.
Kami doakan semoga semuanya sihat & selamat dalam perjalanan pulang ke kampung. Dan berhati-hatilah ketika memandu. Semoga Tips Ubat Yang Perlu Ada Ketika Balik Kampung Atau Semasa Travel ni berguna pada korang …π
831 total views, 3 views today