Surprise Happy Meals Sempena Ulang Tahun ke 40 Happy Meal

 

Surprise Happy Meals Sempena Ulang Tahun ke 40 Happy Meal

Assalamualaikum, hai korang….😁

Bila sebut jer Happy Meal, abam rasa hampir ke semua rakyat Malaysia tau kan apa tu Happy Meal kan…kan…
Yang paling teruja ialah anak-anak lah kan, sebab ada mainan kat dalam kotak tu. Malah ada jugak parents, terutama yang suka kumpul koleksi mainan ni. Dah lah mainan McDonald’s ni kiut-kiut.

Kalau korang yang jenis suka mengumpul mainan McDonald’s ni, abam nak bagitau, mainan ikonik McDonald’s akan muncul semula dan ia adalah edisi terhad sempena ulang tahun yang ke 40 Happy Meal. Mesti ada yang teruja kan…mengimbau kenangan tu. Masih ingat lagi tak koleksi mainan seperti Hamburglar, Space Jam, Furbey dan banyak lagi mainan ikonik yang pernah di keluarkan oleh McDonald’s ? Kalau korang masih ingat, ini lah antara koleksi Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun 40 Happy Meal yang wajib korang dapatkan nanti.

Baru-baru, pihak McDonald’s telah memberi peluang keemasan kat abam untuk bersama-sama di majlis pelancaran Ulang Tahun Happy Meals ke 40 yang bertempat di Seksyen 3 Shah Alam Selangor.

Surprise Happy Meals
Emcee majlis pada hari tu, Azura Zainal

Dalam majlis yang cukup happening dan meriah ni, menurut Puan Melati Abdul Hai yang merupakan Naib President dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, beliau berkata..
“Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka,”…

Surprise Happy Meals

Rupanya, mainan ikonik Happy Meal McDonald’s ni telah diperkenalkan pada Jun 1979 lagi di Amerika Syarikat. Sehingga ke hari ini, Happy Meal telah berkembang ke lebih 100 buah negara dan mempunyai lebih dari 38,000 restoran. Mainan ikonik ni merupakan sebagai simbol kejutan, kecerian dan kegembiraan.

Surprise Happy Meals
Puan Melati Abdul Hai, Vice President and Chief Marketing Officer of McDonald’s Malaysia unveiling the 14 iconic toys

Surprise Happy Meal

Berita baik untuk korang ni, mulai 28 November 2019 ni, korang boleh serbu kat mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara untuk dapatkan Surprise Happy Meal ni. Korang mesti cepat tau sebab di dalam box Surprise Happy Meal ni korang akan dapat salah satu mainan ikonik Edisi Terhad dan korang tak tau mainan mana yang korang akan dapat. Jadi baru surprise kan…. ia adalah edisi terhad Dan sehingga stok masih ada.

Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan yang abam listkan kat sini.

● Cowboy McNugget (McDonald’s): 1988
● Fireman McNugget (McDonald’s): 1988
● McNugget Carrier Mail (McDonald’s): 1988
● Hamburger Changeable (McDonald’s): 1989
● Grimace (McDonald’s): 1990
● Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald’s): 1991
● McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
● Hamburglar (McDonald’s): 1995
● Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
● Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
● Tamagotchi (Bandai): 1998
● My Little Pony (Hasbro): 1998
● Furby (Hasbro): 1999
● Hello Kitty (Sanrio): 2013

Surprise Happy Meals

Surprise Happy Meals

Surprise Happy Meals

Surprise Happy Meals

Surprise Happy Meals

 

 

Parties And Meeting at McDonald’s

Kalau korang nak tau, kat restoran McDonald’s ni, korang boleh buat pelbagai jenis majlis seperti majlis hari jadi, majlis reunion, majlis perpisahan, bengkel photography, office meeting dan pelbagai jenis majlis yang korang nak.

Cara nak tempah cukup mudah, korang Hanya perlu download apps McDonald’s di Play Store atau pun di Apple Store atau terus ke laman web McDonald’s Malaysia di www.mcdonalds.com.my

Parties at McDonald’s ni confirm akan meninngalkan kenangan indah untuk majlis korang nanti.

Surprise Happy Meals Sempena Ulang Tahun ke 40 Happy Meal

Surprise Happy Meals
Limited Edition Box, Surprise Happy Meals

Haaa….jangan lupa pada 28 November ni tau, jom wajib serbu ke mana-mana restoran McDonald’s dapatkan koleksi mainan ikonik McDonald’s ni. Bukan senang nak dapatkan mainan rare ni…boleh buat kenangan untuk masa akan datang…😁

Surprise Happy Meals
Model baru McDonalds hehehhe

www.mcdonalds.com.my

Tips Kesihatan Men’s Wellness dan Bowell Welness

543 total views, 18 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge