Resipi Burnt Cheesecake

Resipi Burnt CheeseCake

Kalau korang yang jenis peminat setia dengan dessert yang berunsur cheese ni mesti korang tau pasal Burnt Cheesecake ni kan. Ada juga orang panggil kek ni Basque Burnt Cheesecake. Kedua-duanya resepi nya sama jer abang tengok.

Burnt Cheesecake ni boleh dikatakan antara kek yang jadi viral dalam tahun 2018 dan kek ni juga antara yang paling mendapat sambutan dari pelanggan abam.

Kalau korang memang peminat kek cheese, Burnt Cheesecake ni memang wajib korang cuba. Serius abam cakap rasanya memang cukup auummm…😁

Ok, jom tengok Resipi Burnt CheeseCake yang abam nak kongsikan dengan korang ni…

Resipi Burnt Cheesecake

Resepi Burnt Cheesecake
Boleh letak strawberi sebagai hiasan

Gunakan Saiz loyang : 8 inci (bulat)

Bahan-bahan :

500 gm cream cheese – abam recomemend guna cream Cheese jenama philadelphia

Resepi Burnt Cheesecake
Cream Cheese Philadelphia

200 ml whipping cream
4 biji telur suhu bilik
170gm gula kastor
18gm tepung gandum

Cara-caranya :
1. Putar cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati dan gebu menggunakan mixer.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Turunkan kelajuan mixer dan masukkan whipping cream. Putar sekejap sahaja dan hentikan mixer.
4. Kemudian masukan tepung. Guna spatula untuk kaut balik tepung.
5. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang & hentakkan loyang perlahan-lahan atas meja untuk keluarkan udara dalam batter.
6. Jika korang oven sooner, Bakar 220° utk 18 minit pertama.

Kemudian naik ke suhu 230° untuk 7 minit lagi.

Bila masa oven dah abis, buka pintu oven dan biarkan burnt cheesecake kat dalam oven tu selama 30 min.

Tips Untuk Dapatkan Hasil Burnt Cheesecake Yang Bagus.

1. Gunakan whipping cream, BUKAN double cream ya. Ini untuk mendapatkan hasil permukaan garing cantik.

2. Suhu. Abam guna sooner. Jadi abam setkan kepada 220° untuk 18 min..230 untuk 7 min..lepas abis masa oven, buka pintu oven sedikit dan biarkan Burnt Cheesecake kat dalam oven tu selama 30 minit.

3. Buka springfoam selepas 15 minit kek dikeluarkan. Loyang yang panas akan terus memanggang bahagian tepi kek dan menjadikannya ia hampir sama warna dgn permukaan kek.

4. Griskan dasar & dinding loyang dengan butter yang banyak & secukupnya. Alaskan dengan parchment paper. Di bahagian dinding, kertas harus lebih tinggi dari dinding loyang. Kek tidak akan melekat di kertas & senang dipisahkan tanpa mencacatkan kek.

Selamat Mencuba.

Jika korang memang malas nak cuba, jangan bimbang…sila order terus dengan Khaisya Delite 😁

5,806 total views, 243 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge