Menjaga Batasan Pergaulan di AidilFitri

Menjaga Batasan Pergaulan di AidilFitri

Kredit to owner asal

1. Rasulullah ﷺ begitu menekankan batas pergaulan lelaki dan wanita dalam kehidupan seharian. Ini bagi mengelakkan kesan negative yang tidak dijangka.

2. Dalam sebuah hadith, Rasulullah ﷺ dilihat akan duduk seketika setelah selesai solat. Ini adalah bagi memberi ruang kaum wanita supaya beredar dahulu setelah solat. Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah ﷺ bagi mengelakkan percampuran atau perselisihan antara lelaki perempuan yang mungkin berlaku setelah selesai solat. Al-Bukhari merekodkan:

عن أم سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ قَامَ النِّسَاءُ حِينَ يَقْضِي تَسْلِيمَهُ وَمَكَثَ يَسِيرًا قَبْلَ أَنْ يَقُومَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَأُرَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ مُكْثَهُ لِكَيْ يَنْفُذَ النِّسَاءُ قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُنَّ مَنْ انْصَرَفَ مِنْ الْقَوْمِ

“Daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ akan duduk seketika setelah memberikan salam setelah selesai solat. Para wanita akan bangun setelah Baginda ﷺ memberi salam.” (HR al-Bukhari)

Menurut Ibn Syihab, tindakan Rasulullah ﷺ ini adalah bagi memberikan laluan bagi wanita keluar dahulu dan mengelakkan perselisihan (percampuran, pertembungan) antara lelaki dan wanita (setelah selesai solat).

3. Menurut al-Imam Abu Daud pula, Baginda ﷺ juga pernah mengkhususkan satu pintu khas bagi wanita. Ini juga adalah bagi mengelakkan percampuran berlaku antara lelaki dan wanita. Sabda Rasulullah ﷺ:

وعَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكْنَا هَذَا الْبَابَ لِلنِّسَاءِ قَالَ نَافِعٌ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ ابْنُ عُمَرَ حَتَّى مَاتَ”

“Daripada Ibn Umar, Rasulullah ﷺ bersabda: Alangkah baiknya sekiranya kita biarkan pintu ini dikhususkan untuk wanita sahaja. Berkata Nafi (anak murid Ibn Umar), setelah mendengar kata2 Rasullah itu, Ibn Umar tidak pernah memasuki pintu itu sehinggalah beliau meninggal.” (HR Abu Daud)

4. Abu Said al-Ansari juga pernah mendengar hadith bahawa Rasulullah ﷺ menasihatkan para wanita supaya mengasingkan sedikit laluan perjalanan mereka ketika melalui jalan. Ini adalah bagi mengelakkan fitnah yang mungkin berlaku. Kata beliau:

روى أَبو أُسَيْدٍ الْأَنْصَارِيّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ خَارِجٌ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاخْتَلَطَ الرِّجَالُ مَعَ النِّسَاءِ فِي الطَّرِيقِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلنِّسَاءِ اسْتَأْخِرْنَ فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرِيقَ ( تَسِرْن وسط الطريق )

“Abu Said al-Ansari pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda ketika Baginda ﷺ keluar dari masjid, para lelaki dan wanita berselisih (bercampur) dalam perjalanan mereka, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: Lewatkan (jauhkan) sedikit lalu kamu, jangan lah kamu berjalan dipertengahan jalan (sehingga bercampur lelaki wanita).”

5. Mereka yang membiasakan diri dengan masjid ini, pada andaian kita sudah tentulah mereka yang mempunyai keadaan hati yang baik. Namun, walaupun dalam keadaan iman atau hati yang baik di masjid ini, Rasulullah ﷺ tetap bertegas mengasingkan mereka kerana dibimbangi akan ditimpa fitnah.

6. Kalau di masjid dalam keadaan nk beribadah dengan suasana yang baik ini pun boleh terdedah dengan fitnah, maka apatah lagi dalam suasana berhari raya yang percampuran boleh berlaku. Hati yang leka mudah terdedah dengan godaan fitnah syaitan. Maka ketika itu, sudah pasti penjagaan batasan pergaulan amat perlu dijaga.

7. Sempena hari perayaan ini mari bersama didik anak-anak kita supaya:
(a) mengetahui batas pergaulan antara yang mahram dan bukan mahram
(b) tiada gurauan berbentuk fizikal antara lelaki dan wanita
(c) penekanan aspek aurat dalam urusan di dalam rumah

Moga Allah memelihara umat Islam dari fitnah dunia.

Kredit Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

333 total views, 6 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge