Family Time kat MyKori Dessert Cafe Di Hujung Minggu

Family Time kat MyKori Dessert Cafe Di Hujung Minggu

Setiap hujung minggu, kalau abam takda tempahan dessert untuk di buatkan, masa ni lah digunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Aktiviti yang biasa kami sekeluarga buat ialah pi jalan-jalan cari makan. Cari tempat-tempat makan best terutama yang dekat dengan area Putrajajaya ni.

Kali ni, dapat request dari anak-anak nak makan aiskrim. Katanya ada kedai aiskrim tu namanya lebih kurang macam nama abam. Nama kedai tu MyKori Dessert Cafe. Haaa….kan dekat dengan nama abam tu…kan..tak sangka plak 😁

Sebelum nak pi tu biasanya abam akan google dulu untuk dapatkan serba sedikit info pasal MyKori Dessert Cafe ni. MyKori Dessert ni rupanya sebuah cafe berkonsepkan cafe tradisional Jepun dan menu cafe ni di sebut Kakigori, iaitu sejenis pencuci mulut.

MyKori Dessert Cafe Cyberjaya

Setelah dok servey-servey kat mana lokasi yang paling dekat dengan Putrajaya, ada 2 lokasi iaitu kat Bangi dan satu lagi kat Cyberjaya. Kami sekeluarga decide nak cuba kat Cyberjaya. Untuk ke MyKori Dessert Cafe Cyberjaya ni, abam gunakan apps MAPS..lebih senang nak cari.

MyKori Dessert Cafe
MyKori Dessert Cafe kat Cyberjaya

Kat MyKori Dessert Cafe Cyberjaya ni, lokasinya agak tersorok sket. Memang kalau tak biasa, bagus gunakan Apps MAPS ataupun Waze untuk ke sini.

MyKori Dessert Cafe
Bahagian dalam kat MyKori Dessert Cafe Cyberjaya, kemas & teratur.

Masuk jer kat dalam MyKori Dessert Cafe Cyberjaya, memang agak teruja dengan susun atur dan hiasannya, memang menarik dan agak selesa walaupun keadaan cafe ni agak sempit. Anak-anak dah tak sabar dah, terus ke kaunter untuk order.

MyKori Dessert Cafe
Kat kaunter di MyKori Dessert Cafe Cyberjaya

Tuuudiaaaa, tengok lah apa yang anak-anak abam order…nampak pun dah memang menyelerakan. Serius abam nak bagitau, walaupun harga agak have-have..tapu memang puas hati dengan rasa, keadaaan suasana kat dalam cafe ni, selesa dan cafe memang bersih. Menunya pun banyak pilihan.

MyKori Dessert Cafe
Ni namanya Kenko KakiGori
MyKori Dessert Cafe
Yang ni memang abam recommended sangat… Mango Yogurt Kakigori..
MyKori Dessert Cafe
Yang ni boleh tahan sedapnya, ada buah-buahan berry kat dalam tu… Mont Mauve Kakigori
MyKori Dessert Cafe
Haaa..abam lupa, tak ingatnya nya…tapi rasa memang padu beb 😁

Kalaulah hangpa terasa nak bawa wife ke family ke atau nak bawa mak ayah dating kat yang relaks, tenang dan ada suasana romantik gitu..boleh try pi ke dating MyKori Dessert Cafe ni, memang abam recommend.

Kalau hangpa nak tau lagi pasal MyKori Cafe Dessert Cafe ni, boleh la pi ke laman Facebook dan Instagram official depa..

Facebook Page : MyKori Dessert Cafe

Instagram : MyKori Dessert Cafe

1,284 total views, 12 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge