Tips Kesihatan Men’s Wellness dan Bowell Welness

Tips Kesihatan Men's Wellness dan Bowell Welness

Tips Kesihatan Men Wellness Tambah Kejantanan dan Bowell Welness Untuk Keselesaan Penghadaman

Orang kata, bila kita dah start masuk umur 40an, badan kita mudah rasa letih. Badan dah mula rasa tak larat. Rasa lenguh kat badan tu sana sini. Apa yang di katakan tu memang betul pun dan  abam pun dah mula rasa cepat letih kalau abam buat kerja sampai lewat malam.

Bila usia dah semakin meningkat, antibodi untuk melawan penyakit pun dah makin berkurang.

Selain faktor usia yang dah menjangkau 40 an, antara faktor lain yang turut menyebabkan tahap kesihatan makin menurun ialah pemakanan. Kandungan gula, garam, makanan berlemak dan bahan perisa yang kita dah makan selama berpuluh tahun tu, sedikit sebanyak telah menyebabkan tahap kesihatan kita makin merosot.

Hampir sebulan yang lalu, ada sahabat abam kongsikan beberapa produk kesihatan yang bagus kat abam. Katanya produk dari Himalaya cukup bagus dan yang bestnya ada pengiktirafan sijil Halal dan produk-produk kesihatan dari Himalaya ni terdiri dari bahan-bahan berasaskan herba.

BOWELL WELLNESS : PRODUK UNTUK KESELESAAN SISTEM PENGHADAMAN

Tips Kesihatan Men's Wellness dan Bowell Welness
Bowell Welness

Sejak sebulan dua ni memang abam akui, perut abam ni agak sensitif. Kalau salah makan jer mula lah kembung perut dan sakit perut. Kekadang dalam satu minggu tu, sampai 2 ke 3 kali jadi.

Lepas 2 minggu abam mula amalkan Bowell Welness ni, perut abam rasa lebih selesa dan pembuangan ehem-ehem pun lebih lancar. Perut abam dah tak berapa sensitif sangat sekarang ni, kalau tak sebelum ni asyik “sentap” jer kalau abam tersalah makan..hehehhe..

MEN’S WELNESS : PRODUK UNTUK PRESTASI DAN MENINGKATKAN KEJANTANAN LELAKI

 

Tips Kesihatan Men's Wellness dan Bowell Welness
Men Wellness

Untuk Men’s Wellness ni, abam cukup-cukup rekomen kan untuk korang, terutama yang dah mula cecah umur 40an ni. Bila start amalkan produk ni, bukan setakat hilangkan keletihan dan meningkat kesihatan tapi mampu meningkatkan prestasi abam “kecik’ tu jugak tauuu…hahhaha…

Selain dari bagi kasi power tu, Men’s Wellness ni membantu melancarkan pembuangan air kecil. So pada sesiapa yang ada masalah tak lawas kencing tu, boleh dapatkan produk ni nanti.

Kat Mana Abam Beli Produk Himalaya?

Kalau korang yang suka order online ni, boleh jer order kat Shoppee. Tapi abam lebih suka dapatkan terus di butik Himalaya kat Alamanda Putrajaya tu sebab layanan mesra staff kat situ. Boleh tanya apa saja pasal produk Himalaya dan nanti diorang akan sudi membantu dengan ramah dan penuh senyuman.

Tips Kesihatan Men's Wellness dan Bowell Welness
Himalaya Alamanda Putrajaya

Untuk info, korang boleh ke :

561 total views, 3 views today