Resipi Burnt Cheesecake

Resipi Burnt CheeseCake

Resipi Burnt CheeseCake

Kalau korang yang jenis peminat setia dengan dessert yang berunsur cheese ni mesti korang tau pasal Burnt Cheesecake ni kan. Ada juga orang panggil kek ni Basque Burnt Cheesecake. Kedua-duanya resepi nya sama jer abang tengok.

Burnt Cheesecake ni boleh dikatakan antara kek yang jadi viral dalam tahun 2018 dan kek ni juga antara yang paling mendapat sambutan dari pelanggan abam.

Kalau korang memang peminat kek cheese, Burnt Cheesecake ni memang wajib korang cuba. Serius abam cakap rasanya memang cukup auummm…๐Ÿ˜

Ok, jom tengok Resipi Burnt CheeseCake yang abam nak kongsikan dengan korang ni…

Resipi Burnt Cheesecake

Resepi Burnt Cheesecake
Boleh letak strawberi sebagai hiasan

Gunakan Saiz loyang : 8 inci (bulat)

Bahan-bahan :

500 gm cream cheese – abam recomemend guna cream Cheese jenama philadelphia

Resepi Burnt Cheesecake
Cream Cheese Philadelphia

200 ml whipping cream
4 biji telur suhu bilik
170gm gula kastor
18gm tepung gandum

Cara-caranya :
1. Putar cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati dan gebu menggunakan mixer.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Turunkan kelajuan mixer dan masukkan whipping cream. Putar sekejap sahaja dan hentikan mixer.
4. Kemudian masukan tepung. Guna spatula untuk kaut balik tepung.
5. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang & hentakkan loyang perlahan-lahan atas meja untuk keluarkan udara dalam batter.
6. Jika korang oven sooner, Bakar 220ยฐ utk 18 minit pertama.

Kemudian naik ke suhu 230ยฐ untuk 7 minit lagi.

Bila masa oven dah abis, buka pintu oven dan biarkan burnt cheesecake kat dalam oven tu selama 30 min.

Tips Untuk Dapatkan Hasil Burnt Cheesecake Yang Bagus.

1. Gunakan whipping cream, BUKAN double cream ya. Ini untuk mendapatkan hasil permukaan garing cantik.

2. Suhu. Abam guna sooner. Jadi abam setkan kepada 220ยฐ untuk 18 min..230 untuk 7 min..lepas abis masa oven, buka pintu oven sedikit dan biarkan Burnt Cheesecake kat dalam oven tu selama 30 minit.

3. Buka springfoam selepas 15 minit kek dikeluarkan. Loyang yang panas akan terus memanggang bahagian tepi kek dan menjadikannya ia hampir sama warna dgn permukaan kek.

4. Griskan dasar & dinding loyang dengan butter yang banyak & secukupnya. Alaskan dengan parchment paper. Di bahagian dinding, kertas harus lebih tinggi dari dinding loyang. Kek tidak akan melekat di kertas & senang dipisahkan tanpa mencacatkan kek.

Selamat Mencuba.

Jika korang memang malas nak cuba, jangan bimbang…sila order terus dengan Khaisya Delite ๐Ÿ˜

5,803 total views, 240 views today

Menjaga Batasan Pergaulan di AidilFitri

Menjaga Batasan Pergaulan di AidilFitri

Menjaga Batasan Pergaulan di AidilFitri

Kredit to owner asal

1. Rasulullah ๏ทบ begitu menekankan batas pergaulan lelaki dan wanita dalam kehidupan seharian. Ini bagi mengelakkan kesan negative yang tidak dijangka.

2. Dalam sebuah hadith, Rasulullah ๏ทบ dilihat akan duduk seketika setelah selesai solat. Ini adalah bagi memberi ruang kaum wanita supaya beredar dahulu setelah solat. Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah ๏ทบ bagi mengelakkan percampuran atau perselisihan antara lelaki perempuan yang mungkin berlaku setelah selesai solat. Al-Bukhari merekodkan:

ุนู† ุฃู… ุณูŽู„ูŽู…ูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ุญููŠู†ูŽ ูŠูŽู‚ู’ุถููŠ ุชูŽุณู’ู„ููŠู…ูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽูƒูŽุซูŽ ูŠูŽุณููŠุฑู‹ุง ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู‚ููˆู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุดูู‡ูŽุงุจู ููŽุฃูุฑูŽู‰ ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ููƒู’ุซูŽู‡ู ู„ููƒูŽูŠู’ ูŠูŽู†ู’ููุฐูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฏู’ุฑููƒูŽู‡ูู†ู‘ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุงู†ู’ุตูŽุฑูŽููŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู

โ€œDaripada Ummu Salamah, beliau berkata, Rasulullah ๏ทบ akan duduk seketika setelah memberikan salam setelah selesai solat. Para wanita akan bangun setelah Baginda ๏ทบ memberi salam.โ€ (HR al-Bukhari)

Menurut Ibn Syihab, tindakan Rasulullah ๏ทบ ini adalah bagi memberikan laluan bagi wanita keluar dahulu dan mengelakkan perselisihan (percampuran, pertembungan) antara lelaki dan wanita (setelah selesai solat).

3. Menurut al-Imam Abu Daud pula, Baginda ๏ทบ juga pernah mengkhususkan satu pintu khas bagi wanita. Ini juga adalah bagi mengelakkan percampuran berlaku antara lelaki dan wanita. Sabda Rasulullah ๏ทบ:

ูˆุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูˆู’ ุชูŽุฑูŽูƒู’ู†ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุจูŽุงุจูŽ ู„ูู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู†ูŽุงููุนูŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ู’ ู…ูู†ู’ู‡ู ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู…ูŽุงุชูŽ”

โ€œDaripada Ibn Umar, Rasulullah ๏ทบ bersabda: Alangkah baiknya sekiranya kita biarkan pintu ini dikhususkan untuk wanita sahaja. Berkata Nafi (anak murid Ibn Umar), setelah mendengar kata2 Rasullah itu, Ibn Umar tidak pernah memasuki pintu itu sehinggalah beliau meninggal.โ€ (HR Abu Daud)

4. Abu Said al-Ansari juga pernah mendengar hadith bahawa Rasulullah ๏ทบ menasihatkan para wanita supaya mengasingkan sedikit laluan perjalanan mereka ketika melalui jalan. Ini adalah bagi mengelakkan fitnah yang mungkin berlaku. Kata beliau:

ุฑูˆู‰ ุฃูŽุจูˆ ุฃูุณูŽูŠู’ุฏู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑููŠู‘ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุณูŽู…ูุนูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุฎูŽุงุฑูุฌูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ููŽุงุฎู’ุชูŽู„ูŽุทูŽ ุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ู ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ูููŠ ุงู„ุทู‘ูŽุฑููŠู‚ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ุงุณู’ุชูŽุฃู’ุฎูุฑู’ู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุญู’ู‚ูู‚ู’ู†ูŽ ุงู„ุทู‘ูŽุฑููŠู‚ูŽ ( ุชูŽุณูุฑู’ู† ูˆุณุท ุงู„ุทุฑูŠู‚ )

โ€œAbu Said al-Ansari pernah mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda ketika Baginda ๏ทบ keluar dari masjid, para lelaki dan wanita berselisih (bercampur) dalam perjalanan mereka, lalu Rasulullah ๏ทบ bersabda: Lewatkan (jauhkan) sedikit lalu kamu, jangan lah kamu berjalan dipertengahan jalan (sehingga bercampur lelaki wanita).โ€

5. Mereka yang membiasakan diri dengan masjid ini, pada andaian kita sudah tentulah mereka yang mempunyai keadaan hati yang baik. Namun, walaupun dalam keadaan iman atau hati yang baik di masjid ini, Rasulullah ๏ทบ tetap bertegas mengasingkan mereka kerana dibimbangi akan ditimpa fitnah.

6. Kalau di masjid dalam keadaan nk beribadah dengan suasana yang baik ini pun boleh terdedah dengan fitnah, maka apatah lagi dalam suasana berhari raya yang percampuran boleh berlaku. Hati yang leka mudah terdedah dengan godaan fitnah syaitan. Maka ketika itu, sudah pasti penjagaan batasan pergaulan amat perlu dijaga.

7. Sempena hari perayaan ini mari bersama didik anak-anak kita supaya:
(a) mengetahui batas pergaulan antara yang mahram dan bukan mahram
(b) tiada gurauan berbentuk fizikal antara lelaki dan wanita
(c) penekanan aspek aurat dalam urusan di dalam rumah

Moga Allah memelihara umat Islam dari fitnah dunia.

Kredit Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

330 total views, 3 views today

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

1. Sedar atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:

ุตูŽุฏูŽู‚ูŽ ูˆูŽุนู’ุฏูŽู‡ู ูˆูŽู†ูŽุตูŽุฑูŽ ุนูŽุจู’ุฏูŽู‡ู ูˆูŽู‡ูŽุฒูŽู…ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุญู’ุฒูŽุงุจูŽ ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู

โ€œAllah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab dengan sendirinya.โ€ (HR Muslim)

2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:

ูˆุงู„ู…ุฑุงุฏ ุจุงู„ุฃุญุฒุงุจ ุงู„ุฐูŠู† ุงุฌุชู…ุนูˆุง ูŠูˆู… ุงู„ุฎู†ุฏู‚ ูˆุชุญุฒุจูˆุง ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡

โ€œDan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang berpakat di dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah.โ€ (al-Nawawi, Sharh Muslim).

3. Jadi, mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini?
Perang Ahzab berlaku ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk menghapuskan perjuangan Islam. Firman Allah:

ุฅูุฐู’ ุฌูŽุงุกููˆูƒูู… ู…ู‘ูู† ููŽูˆู’ู‚ููƒูู…ู’ ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฃูŽุณู’ููŽู„ูŽ ู…ูู†ูƒูู…ู’

โ€œDan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.โ€ (al-Ahzab: 10)

4. Bererti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.

Hari ini umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan sekularisme.

5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam. Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmannya:

ูˆูŽุฅูุฐู’ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ุทูŽุงุฆูููŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ูŠูŽุง ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽ ูŠูŽุซู’ุฑูุจูŽ ู„ุง ู…ูู‚ูŽุงู…ูŽ ู„ูŽูƒูู…ู’ ููŽุงุฑู’ุฌูุนููˆุง

Dan juga masa itulah golongan Munafiq antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. (al-Ahzab: 13)

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.

Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke dalam pemikiran Muslim.

7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun dibenci oleh orang kafir. Ia termaktub dalam lafaz:

ูˆูŽู„ูŽุง ู†ูŽุนู’ุจูุฏู ุฅู„ูŽู‘ุง ุงูŠุงู‡ ู…ูุฎู’ู„ูุตููŠู†ูŽ ู„ู‡ ุงู„ุฏู‘ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูƒูŽุฑูู‡ูŽ ุงู„ู’ูƒูŽุงููุฑููˆู†ูŽ

โ€œdan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.โ€

8. Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun bersikap keras tehadap saudara Muslim.

Sedarlah kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Sumber info dari Dr. Ahmad Sanusi Azmi

403 total views, 3 views today