Surprise Happy Meals Sempena Ulang Tahun ke 40 Happy Meal

Surprise Happy Meals Sempena Ulang Tahun ke 40 Happy Meal

 

Surprise Happy Meals Sempena Ulang Tahun ke 40 Happy Meal

Assalamualaikum, hai korang….๐Ÿ˜

Bila sebut jer Happy Meal, abam rasa hampir ke semua rakyat Malaysia tau kan apa tu Happy Meal kan…kan…
Yang paling teruja ialah anak-anak lah kan, sebab ada mainan kat dalam kotak tu. Malah ada jugak parents, terutama yang suka kumpul koleksi mainan ni. Dah lah mainan McDonald’s ni kiut-kiut.

Kalau korang yang jenis suka mengumpul mainan McDonald’s ni, abam nak bagitau, mainan ikonik McDonald’s akan muncul semula dan ia adalah edisi terhad sempena ulang tahun yang ke 40 Happy Meal. Mesti ada yang teruja kan…mengimbau kenangan tu. Masih ingat lagi tak koleksi mainan seperti Hamburglar, Space Jam, Furbey dan banyak lagi mainan ikonik yang pernah di keluarkan oleh McDonald’s ? Kalau korang masih ingat, ini lah antara koleksi Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun 40 Happy Meal yang wajib korang dapatkan nanti.

Baru-baru, pihak McDonald’s telah memberi peluang keemasan kat abam untuk bersama-sama di majlis pelancaran Ulang Tahun Happy Meals ke 40 yang bertempat di Seksyen 3 Shah Alam Selangor.

Surprise Happy Meals
Emcee majlis pada hari tu, Azura Zainal

Dalam majlis yang cukup happening dan meriah ni, menurut Puan Melati Abdul Hai yang merupakan Naib President dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, beliau berkata..
“Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonikย Happy Mealย pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukaiย Happy Mealย semasa zaman membesar mereka,”…

Surprise Happy Meals

Rupanya, mainan ikonik Happy Meal McDonald’s ni telah diperkenalkan pada Jun 1979 lagi di Amerika Syarikat. Sehingga ke hari ini, Happy Meal telah berkembang ke lebih 100 buah negara dan mempunyai lebih dari 38,000 restoran. Mainan ikonik ni merupakan sebagai simbol kejutan, kecerian dan kegembiraan.

Surprise Happy Meals
Puan Melati Abdul Hai, Vice President and Chief Marketing Officer of McDonaldโ€™s Malaysia unveiling the 14 iconic toys

Surprise Happy Meal

Berita baik untuk korang ni, mulai 28 November 2019 ni, korang boleh serbu kat mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara untuk dapatkan Surprise Happy Meal ni. Korang mesti cepat tau sebab di dalam box Surprise Happy Meal ni korang akan dapat salah satu mainan ikonik Edisi Terhad dan korang tak tau mainan mana yang korang akan dapat. Jadi baru surprise kan…. ia adalah edisi terhad Dan sehingga stok masih ada.

Setiapย Surprise Happy Mealย akan mengandungi salah satu mainan yang abam listkan kat sini.

โ— Cowboy McNugget (McDonald’s): 1988
โ— Fireman McNugget (McDonald’s): 1988
โ— McNugget Carrier Mail (McDonald’s): 1988
โ— Hamburger Changeable (McDonald’s): 1989
โ— Grimace (McDonald’s): 1990
โ— Dinoย Happy Mealย Box Changeable (McDonald’s): 1991
โ— McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
โ— Hamburglar (McDonald’s): 1995
โ— Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
โ— Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
โ— Tamagotchi (Bandai): 1998
โ— My Little Pony (Hasbro): 1998
โ— Furby (Hasbro): 1999
โ— Hello Kitty (Sanrio): 2013

Surprise Happy Meals

Surprise Happy Meals

Surprise Happy Meals

Surprise Happy Meals

Surprise Happy Meals

 

 

Parties And Meeting at McDonald’s

Kalau korang nak tau, kat restoran McDonald’s ni, korang boleh buat pelbagai jenis majlis seperti majlis hari jadi, majlis reunion, majlis perpisahan, bengkel photography, office meeting dan pelbagai jenis majlis yang korang nak.

Cara nak tempah cukup mudah, korang Hanya perlu download apps McDonald’s di Play Store atau pun di Apple Store atau terus ke laman web McDonald’s Malaysia di www.mcdonalds.com.my

Parties at McDonald’s ni confirm akan meninngalkan kenangan indah untuk majlis korang nanti.

Surprise Happy Meals Sempena Ulang Tahun ke 40 Happy Meal

Surprise Happy Meals
Limited Edition Box, Surprise Happy Meals

Haaa….jangan lupa pada 28 November ni tau, jom wajib serbu ke mana-mana restoran McDonald’s dapatkan koleksi mainan ikonik McDonald’s ni. Bukan senang nak dapatkan mainan rare ni…boleh buat kenangan untuk masa akan datang…๐Ÿ˜

Surprise Happy Meals
Model baru McDonalds hehehhe

www.mcdonalds.com.my

Tips Kesihatan Menโ€™s Wellness dan Bowell Welness

543 total views, 18 views today

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

Pada tahun 1993 abam pernah mengalami kemalangan motorsikal yang agak teruk dan menyebabkan bahu sebelah kiri abam tak brapa kuat hingga sekarang. Walaupun tak sampai menganggu aktiviti harian, tetapi sejak kebelakangan ni bahu ni mula terasa kurang dan kekadang kalau abam angkat barang yang berat, dah mula terasa sakit.

Baru-baru ni abam bersama rakan blogger KBBA (Kelab Blogger Ben Ashaari) telah membuat membuat lawatan ke iRehab, Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Kat sini, abam di beri pendedahan mengenai kepentingan dan keperluan untuk mendapat rawatan fisioterapi kepada pesakit-pesakit akibat kemalangan, strok dan kecederaan sukan.

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

Pengalaman Berharga di iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

Sebenarnya agak mudah untuk mencari pusat iRehab ni. Terletak SS17 yang mana lokasi nya tak brapa sibuk dengan kenderaan dan kawasan yang agak mudah untuk dapat tempat letak kereta.

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

Di sini terdapat 2 premis iRehab iaitu iKID ( untuk rawatan melibatkan kanak-kanak ) dan satu lagi iCENTER , untuk orang dewasa. Jadi untuk abam, mesti lah untuk orang dewasa kan…

Tadi abam ada ceritakan pasal masalah bahu kiri yang dah mula rasa sakit dan kurang selesa sekarang ni. Jadi inilah peluang abam untuk mengetahui apa punca sebenar dan mendapatkan rawatan fisio. Sejujurnya abam tak pernah lagi buat rawatan yang melibatkan fisio ni.

Kat dalam pusat iRehab ni, abam di sambut dengan cukup mesra oleh staf di situ. Kasut tak boleh pakai tau kat dalam tu, jadi keadaan dalam nampak cukup bersih dan kemas. Abam nampak, ada beberapa pesakit sedang menjalani fawatan fisio dan yang bestnya, ada pesakit di bantu sehingga 2-3 orang staf iRehab.

Abam di perkenalkan dengan seorang pakar kat situ iaitu Puan Atikah untuk mengenal pasti masalah yang abam hadapi. Setelah menceritakan sedikit sebanyak menegenai masalah bahu abam ni, Puan Atikah memberikan juga penerangan kemungkinan masalah yang abam hadapi sebelum memulakan sesi fisio.

Puan Atikah ni bukan biashe-biashe ni, beliau mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang fisio ni. Puan Atikah memulakan rawatan untuk mengenal pasti apa masalah yang abam hadapi dan rawatan yang sesuai untuk abam nanti.

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

Setelah pemeriksaan di jalankan, didapati bahu abam ada sedikit masalah pada rotator culf dan sebab tu abam terasa sakit kalau abam ada terasa sakit semasa mengangkat barang yang berat. Selepas tu, Puan Atikah ada buat sedikit rawatan pada kedua-dua belah bahu abam.

Selepas seminggu, ada rasa sedikit perbezaan pada bahu abam ni, rasa sakit agak berkurangan dan rasa lebih selesa. Menurut Puan Atikah, abam perlu menjalani beberapa beberapa sesi lagi rawatan fisio untuk memastikanย  masalah pada bahu abam tidak berulang lagi.

Rupanya di iRehab ni sudah ramai ahli sukan yang datang untuk mendapatkan rawatan fisio. Ini kerana, di sini di lengkapkan dengan pelbagai kemudahan terkini dan mempunyai staf yang cukup terlatih dalam membantu pesakit.

Rawatan iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

Selain dari rawatan fisio untuk kecederaan sukan, di iRehab jugak menyediakan rawatan kepada pesakit yang mengalami strok, pesakit kecederaan saraf tunjang, pesakit saraf otak, pediatrik , vestibular dan sclerosis.

Semasa di sini, salah satu mesin yang cukup menarik perhatian abam ialah mesin LOKOMAT. Mesin robotik ni digunakan untuk membantu untuk pesakit yang masalah ada lumpuh. Mesin robotik LOKOMAT ni akan menggerakan kaki pesakit dan ini sedikit sebanyak akan membantu pesakit dapat menggerakan kaki semula. Dikatakan bahawa, hanya 1 unit ni jer yang ada di Lembah Kelang. Abam di beri peluang untuk merasakan pengalaman menggunakan mesin ni, memang luar biasa.

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat abam rakamkan semasa pesakit-pesakit di iRehab ni mendapat rawatan.

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

Di iRehab ni, selepas proses asessment, kita akan dikenal pasti apakah masalah sebenar yang dihadapi. Setelah di kenal pasti, pihak iRehab akan mencadangkan beberapa rawatan yang sesuai untuk kita.

Antara program rawatan yang bakal dicadangkan kepada pesakit ialah :

  • Lokomat Therapy
  • Return To Work Programme
  • Driving Programme
  • Stroke Programme
  • Spinal Cord Injury Programme
  • Traumatic Brain Injury Programme
  • Multiple Sclerosis Programme
  • Paediatric Programme
  • Vestibular Programme
  • Musculoskeletal Programme
  • Sports Injury Programme
  • Cardiopulmonary Programme
  • Womenโ€™s Health Programme
  • Weight Loss Programme
  • Geriatrics Programme

Rawatan ini hanya akan dicadangkan setelah pesakit melalui proses assessment. Setiap rawatan tersebut berlainan cajnya dan berbeza lama masa rawatannya.

iHome

iHome merupakan sebuah rumah untuk menempatkan pesakit yang memerlukan rawatan intensif. Pesakit akan tinggal di sini dalam 1 tempoh tertentu dan di iHome ni dilengkapi dengan fasiliti canggih seperti set bilik tidur ( katil hospital yang boleh laras ), jadual diet yang sesuai dengan pesakit, khidmat jururawat dan physiotherapist yang berpengalaman bagi memastikan pesakit dijaga dengan baik dan cepat sembuh seperti sedia kala.

Di iHome pesakit berpotensi lebih cepat pulih kerana di sini ia hanya focus kepada rawatan secara menyeluruh kepada pemulihan pesakit. Contoh kes-kes yang diterima di iHOME adalah kes-kes kemalangan, stroke dan pesakit yang telah menjalani pembedahan seperti tukar tulang pinggul dan lutut.

 

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iRehab Pusat Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Subang Jaya

iKids

iKids pula menyediakan rawatan rehabilitasi untuk kanak-kanak dan juga pusat latihan kemahiran bagi kanak-kanak. Pusat ini menyediakan guru-guru berdedikasi untuk mengajar kursus-kursus dan latihan-latihan yang dipilih sesuai dengan keperluan individu kanak-kanak yang unik.

Antara perkhimatan pusat ini ialah: Life Skill Classes, Cognitive Skill Training, Gross/Fine Motor Skills, Sensory and Motor Training, Social/Emotional Training, Physiotherapy, Occupational Therapy, Speech Therapy

 

Jika korang atau ada ahli korang mempunyai masalah macamni, boleh korang cuba untuk mendapatkan rawatan di sini.

Info lanjut di :

Web :ย http://www.irehab.com.my
Facebookย :ย https://www.facebook.com/IRehabStrokeNeuro/
Instagramย :ย ย https://www.instagram.com/irehab_stroke_neuro/
Telย :ย 03-5631 5698

Waktu Operasiย :
Isnin – Jumaatย  ( 9 pagi – 6 petang )
Sabtu ( 9 pagi – 4 petang )
Ahad ( Tutup )

Alamatย : No. 147, Jalan SS17/1A, 47500 Subang Jaya
Subang Jaya

 

Baca jugaย  :ย Tips Kesihatan Menโ€™s Wellness dan Bowell Welness

444 total views, 6 views today

Tips Kesihatan Men’s Wellness dan Bowell Welness

Tips Kesihatan Men's Wellness dan Bowell Welness

Tips Kesihatan Men Wellness Tambah Kejantanan dan Bowell Welness Untuk Keselesaan Penghadaman

Orang kata, bila kita dah start masuk umur 40an, badan kita mudah rasa letih. Badan dah mula rasa tak larat. Rasa lenguh kat badan tu sana sini. Apa yang di katakan tu memang betul pun danย  abam pun dah mula rasa cepat letih kalau abam buat kerja sampai lewat malam.

Bila usia dah semakin meningkat, antibodi untuk melawan penyakit pun dah makin berkurang.

Selain faktor usia yang dah menjangkau 40 an, antara faktor lain yang turut menyebabkan tahap kesihatan makin menurun ialah pemakanan. Kandungan gula, garam, makanan berlemak dan bahan perisa yang kita dah makan selama berpuluh tahun tu, sedikit sebanyak telah menyebabkan tahap kesihatan kita makin merosot.

Hampir sebulan yang lalu, ada sahabat abam kongsikan beberapa produk kesihatan yang bagus kat abam. Katanya produk dari Himalaya cukup bagus dan yang bestnya ada pengiktirafan sijil Halal dan produk-produk kesihatan dari Himalaya ni terdiri dari bahan-bahan berasaskan herba.

BOWELL WELLNESS : PRODUK UNTUK KESELESAAN SISTEM PENGHADAMAN

Tips Kesihatan Men's Wellness dan Bowell Welness
Bowell Welness

Sejak sebulan dua ni memang abam akui, perut abam ni agak sensitif. Kalau salah makan jer mula lah kembung perut dan sakit perut. Kekadang dalam satu minggu tu, sampai 2 ke 3 kali jadi.

Lepas 2 minggu abam mula amalkan Bowell Welness ni, perut abam rasa lebih selesa dan pembuangan ehem-ehem pun lebih lancar. Perut abam dah tak berapa sensitif sangat sekarang ni, kalau tak sebelum ni asyik “sentap” jer kalau abam tersalah makan..hehehhe..

MEN’S WELNESS : PRODUK UNTUK PRESTASI DAN MENINGKATKAN KEJANTANAN LELAKI

 

Tips Kesihatan Men's Wellness dan Bowell Welness
Men Wellness

Untuk Men’s Wellness ni, abam cukup-cukup rekomen kan untuk korang, terutama yang dah mula cecah umur 40an ni. Bila start amalkan produk ni, bukan setakat hilangkan keletihan dan meningkat kesihatan tapi mampu meningkatkan prestasi abam “kecik’ tu jugak tauuu…hahhaha…

Selain dari bagi kasi power tu, Men’s Wellness ni membantu melancarkan pembuangan air kecil. So pada sesiapa yang ada masalah tak lawas kencing tu, boleh dapatkan produk ni nanti.

Kat Mana Abam Beli Produk Himalaya?

Kalau korang yang suka order online ni, boleh jer order kat Shoppee. Tapi abam lebih suka dapatkan terus di butik Himalaya kat Alamanda Putrajaya tu sebab layanan mesra staff kat situ. Boleh tanya apa saja pasal produk Himalaya dan nanti diorang akan sudi membantu dengan ramah dan penuh senyuman.

Tips Kesihatan Men's Wellness dan Bowell Welness
Himalaya Alamanda Putrajaya

Untuk info, korang boleh ke :

720 total views, 6 views today

Family Time kat MyKori Dessert Cafe Di Hujung Minggu

MyKori Dessert Cafe

Family Time kat MyKori Dessert Cafe Di Hujung Minggu

Setiap hujung minggu, kalau abam takda tempahan dessert untuk di buatkan, masa ni lah digunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Aktiviti yang biasa kami sekeluarga buat ialah pi jalan-jalan cari makan. Cari tempat-tempat makan best terutama yang dekat dengan area Putrajajaya ni.

Kali ni, dapat request dari anak-anak nak makan aiskrim. Katanya ada kedai aiskrim tu namanya lebih kurang macam nama abam. Nama kedai tu MyKori Dessert Cafe. Haaa….kan dekat dengan nama abam tu…kan..tak sangka plak ๐Ÿ˜

Sebelum nak pi tu biasanya abam akan google dulu untuk dapatkan serba sedikit info pasal MyKori Dessert Cafe ni. MyKori Dessert ni rupanya sebuah cafe berkonsepkan cafe tradisional Jepun dan menu cafe ni di sebut Kakigori, iaitu sejenis pencuci mulut.

MyKori Dessert Cafe Cyberjaya

Setelah dok servey-servey kat mana lokasi yang paling dekat dengan Putrajaya, ada 2 lokasi iaitu kat Bangi dan satu lagi kat Cyberjaya. Kami sekeluarga decide nak cuba kat Cyberjaya. Untuk ke MyKori Dessert Cafe Cyberjaya ni, abam gunakan apps MAPS..lebih senang nak cari.

MyKori Dessert Cafe
MyKori Dessert Cafe kat Cyberjaya

Kat MyKori Dessert Cafe Cyberjaya ni, lokasinya agak tersorok sket. Memang kalau tak biasa, bagus gunakan Apps MAPS ataupun Waze untuk ke sini.

MyKori Dessert Cafe
Bahagian dalam kat MyKori Dessert Cafe Cyberjaya, kemas & teratur.

Masuk jer kat dalam MyKori Dessert Cafe Cyberjaya, memang agak teruja dengan susun atur dan hiasannya, memang menarik dan agak selesa walaupun keadaan cafe ni agak sempit. Anak-anak dah tak sabar dah, terus ke kaunter untuk order.

MyKori Dessert Cafe
Kat kaunter di MyKori Dessert Cafe Cyberjaya

Tuuudiaaaa, tengok lah apa yang anak-anak abam order…nampak pun dah memang menyelerakan. Serius abam nak bagitau, walaupun harga agak have-have..tapu memang puas hati dengan rasa, keadaaan suasana kat dalam cafe ni, selesa dan cafe memang bersih. Menunya pun banyak pilihan.

MyKori Dessert Cafe
Ni namanya Kenko KakiGori
MyKori Dessert Cafe
Yang ni memang abam recommended sangat… Mango Yogurt Kakigori..
MyKori Dessert Cafe
Yang ni boleh tahan sedapnya, ada buah-buahan berry kat dalam tu… Mont Mauve Kakigori
MyKori Dessert Cafe
Haaa..abam lupa, tak ingatnya nya…tapi rasa memang padu beb ๐Ÿ˜

Kalaulah hangpa terasa nak bawa wife ke family ke atau nak bawa mak ayah dating kat yang relaks, tenang dan ada suasana romantik gitu..boleh try pi ke dating MyKori Dessert Cafe ni, memang abam recommend.

Kalau hangpa nak tau lagi pasal MyKori Cafe Dessert Cafe ni, boleh la pi ke laman Facebook dan Instagram official depa..

Facebook Page :ย MyKori Dessert Cafe

Instagram :ย MyKori Dessert Cafe

1,624 total views, 9 views today

Resipi Burnt Cheesecake

Resipi Burnt CheeseCake

Resipi Burnt CheeseCake

Kalau korang yang jenis peminat setia dengan dessert yang berunsur cheese ni mesti korang tau pasal Burnt Cheesecake ni kan. Ada juga orang panggil kek ni Basque Burnt Cheesecake. Kedua-duanya resepi nya sama jer abang tengok.

Burnt Cheesecake ni boleh dikatakan antara kek yang jadi viral dalam tahun 2018 dan kek ni juga antara yang paling mendapat sambutan dari pelanggan abam.

Kalau korang memang peminat kek cheese, Burnt Cheesecake ni memang wajib korang cuba. Serius abam cakap rasanya memang cukup auummm…๐Ÿ˜

Ok, jom tengok Resipi Burnt CheeseCake yang abam nak kongsikan dengan korang ni…

Resipi Burnt Cheesecake

Resepi Burnt Cheesecake
Boleh letak strawberi sebagai hiasan

Gunakan Saiz loyang : 8 inci (bulat)

Bahan-bahan :

500 gm cream cheese – abam recomemend guna cream Cheese jenama philadelphia

Resepi Burnt Cheesecake
Cream Cheese Philadelphia

200 ml whipping cream
4 biji telur suhu bilik
170gm gula kastor
18gm tepung gandum

Cara-caranya :
1. Putar cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati dan gebu menggunakan mixer.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Turunkan kelajuan mixer dan masukkan whipping cream. Putar sekejap sahaja dan hentikan mixer.
4. Kemudian masukan tepung. Guna spatula untuk kaut balik tepung.
5. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang & hentakkan loyang perlahan-lahan atas meja untuk keluarkan udara dalam batter.
6. Jika korang oven sooner, Bakar 220ยฐ utk 18 minit pertama.

Kemudian naik ke suhu 230ยฐ untuk 7 minit lagi.

Bila masa oven dah abis, buka pintu oven dan biarkan burnt cheesecake kat dalam oven tu selama 30 min.

Tips Untuk Dapatkan Hasil Burnt Cheesecake Yang Bagus.

1. Gunakan whipping cream, BUKAN double cream ya. Ini untuk mendapatkan hasil permukaan garing cantik.

2. Suhu. Abam guna sooner. Jadi abam setkan kepada 220ยฐ untuk 18 min..230 untuk 7 min..lepas abis masa oven, buka pintu oven sedikit dan biarkan Burnt Cheesecake kat dalam oven tu selama 30 minit.

3. Buka springfoam selepas 15 minit kek dikeluarkan. Loyang yang panas akan terus memanggang bahagian tepi kek dan menjadikannya ia hampir sama warna dgn permukaan kek.

4. Griskan dasar & dinding loyang dengan butter yang banyak & secukupnya. Alaskan dengan parchment paper. Di bahagian dinding, kertas harus lebih tinggi dari dinding loyang. Kek tidak akan melekat di kertas & senang dipisahkan tanpa mencacatkan kek.

Selamat Mencuba.

Jika korang memang malas nak cuba, jangan bimbang…sila order terus dengan Khaisya Delite ๐Ÿ˜

15,973 total views, 279 views today

Menjaga Batasan Pergaulan di AidilFitri

Menjaga Batasan Pergaulan di AidilFitri

Menjaga Batasan Pergaulan di AidilFitri

Kredit to owner asal

1. Rasulullah ๏ทบ begitu menekankan batas pergaulan lelaki dan wanita dalam kehidupan seharian. Ini bagi mengelakkan kesan negative yang tidak dijangka.

2. Dalam sebuah hadith, Rasulullah ๏ทบ dilihat akan duduk seketika setelah selesai solat. Ini adalah bagi memberi ruang kaum wanita supaya beredar dahulu setelah solat. Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah ๏ทบ bagi mengelakkan percampuran atau perselisihan antara lelaki perempuan yang mungkin berlaku setelah selesai solat. Al-Bukhari merekodkan:

ุนู† ุฃู… ุณูŽู„ูŽู…ูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ุญููŠู†ูŽ ูŠูŽู‚ู’ุถููŠ ุชูŽุณู’ู„ููŠู…ูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽูƒูŽุซูŽ ูŠูŽุณููŠุฑู‹ุง ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู‚ููˆู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุดูู‡ูŽุงุจู ููŽุฃูุฑูŽู‰ ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ููƒู’ุซูŽู‡ู ู„ููƒูŽูŠู’ ูŠูŽู†ู’ููุฐูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฏู’ุฑููƒูŽู‡ูู†ู‘ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุงู†ู’ุตูŽุฑูŽููŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู

โ€œDaripada Ummu Salamah, beliau berkata, Rasulullah ๏ทบ akan duduk seketika setelah memberikan salam setelah selesai solat. Para wanita akan bangun setelah Baginda ๏ทบ memberi salam.โ€ (HR al-Bukhari)

Menurut Ibn Syihab, tindakan Rasulullah ๏ทบ ini adalah bagi memberikan laluan bagi wanita keluar dahulu dan mengelakkan perselisihan (percampuran, pertembungan) antara lelaki dan wanita (setelah selesai solat).

3. Menurut al-Imam Abu Daud pula, Baginda ๏ทบ juga pernah mengkhususkan satu pintu khas bagi wanita. Ini juga adalah bagi mengelakkan percampuran berlaku antara lelaki dan wanita. Sabda Rasulullah ๏ทบ:

ูˆุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูˆู’ ุชูŽุฑูŽูƒู’ู†ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุจูŽุงุจูŽ ู„ูู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู†ูŽุงููุนูŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ู’ ู…ูู†ู’ู‡ู ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู…ูŽุงุชูŽ”

โ€œDaripada Ibn Umar, Rasulullah ๏ทบ bersabda: Alangkah baiknya sekiranya kita biarkan pintu ini dikhususkan untuk wanita sahaja. Berkata Nafi (anak murid Ibn Umar), setelah mendengar kata2 Rasullah itu, Ibn Umar tidak pernah memasuki pintu itu sehinggalah beliau meninggal.โ€ (HR Abu Daud)

4. Abu Said al-Ansari juga pernah mendengar hadith bahawa Rasulullah ๏ทบ menasihatkan para wanita supaya mengasingkan sedikit laluan perjalanan mereka ketika melalui jalan. Ini adalah bagi mengelakkan fitnah yang mungkin berlaku. Kata beliau:

ุฑูˆู‰ ุฃูŽุจูˆ ุฃูุณูŽูŠู’ุฏู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑููŠู‘ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุณูŽู…ูุนูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุฎูŽุงุฑูุฌูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ููŽุงุฎู’ุชูŽู„ูŽุทูŽ ุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ู ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ูููŠ ุงู„ุทู‘ูŽุฑููŠู‚ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ุงุณู’ุชูŽุฃู’ุฎูุฑู’ู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุญู’ู‚ูู‚ู’ู†ูŽ ุงู„ุทู‘ูŽุฑููŠู‚ูŽ ( ุชูŽุณูุฑู’ู† ูˆุณุท ุงู„ุทุฑูŠู‚ )

โ€œAbu Said al-Ansari pernah mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda ketika Baginda ๏ทบ keluar dari masjid, para lelaki dan wanita berselisih (bercampur) dalam perjalanan mereka, lalu Rasulullah ๏ทบ bersabda: Lewatkan (jauhkan) sedikit lalu kamu, jangan lah kamu berjalan dipertengahan jalan (sehingga bercampur lelaki wanita).โ€

5. Mereka yang membiasakan diri dengan masjid ini, pada andaian kita sudah tentulah mereka yang mempunyai keadaan hati yang baik. Namun, walaupun dalam keadaan iman atau hati yang baik di masjid ini, Rasulullah ๏ทบ tetap bertegas mengasingkan mereka kerana dibimbangi akan ditimpa fitnah.

6. Kalau di masjid dalam keadaan nk beribadah dengan suasana yang baik ini pun boleh terdedah dengan fitnah, maka apatah lagi dalam suasana berhari raya yang percampuran boleh berlaku. Hati yang leka mudah terdedah dengan godaan fitnah syaitan. Maka ketika itu, sudah pasti penjagaan batasan pergaulan amat perlu dijaga.

7. Sempena hari perayaan ini mari bersama didik anak-anak kita supaya:
(a) mengetahui batas pergaulan antara yang mahram dan bukan mahram
(b) tiada gurauan berbentuk fizikal antara lelaki dan wanita
(c) penekanan aspek aurat dalam urusan di dalam rumah

Moga Allah memelihara umat Islam dari fitnah dunia.

Kredit Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

456 total views, 3 views today

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

1. Sedar atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:

ุตูŽุฏูŽู‚ูŽ ูˆูŽุนู’ุฏูŽู‡ู ูˆูŽู†ูŽุตูŽุฑูŽ ุนูŽุจู’ุฏูŽู‡ู ูˆูŽู‡ูŽุฒูŽู…ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุญู’ุฒูŽุงุจูŽ ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู

โ€œAllah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab dengan sendirinya.โ€ (HR Muslim)

2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:

ูˆุงู„ู…ุฑุงุฏ ุจุงู„ุฃุญุฒุงุจ ุงู„ุฐูŠู† ุงุฌุชู…ุนูˆุง ูŠูˆู… ุงู„ุฎู†ุฏู‚ ูˆุชุญุฒุจูˆุง ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡

โ€œDan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang berpakat di dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah.โ€ (al-Nawawi, Sharh Muslim).

3. Jadi, mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini?
Perang Ahzab berlaku ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk menghapuskan perjuangan Islam. Firman Allah:

ุฅูุฐู’ ุฌูŽุงุกููˆูƒูู… ู…ู‘ูู† ููŽูˆู’ู‚ููƒูู…ู’ ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฃูŽุณู’ููŽู„ูŽ ู…ูู†ูƒูู…ู’

โ€œDan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.โ€ (al-Ahzab: 10)

4. Bererti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.

Hari ini umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan sekularisme.

5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam. Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmannya:

ูˆูŽุฅูุฐู’ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ุทูŽุงุฆูููŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ูŠูŽุง ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽ ูŠูŽุซู’ุฑูุจูŽ ู„ุง ู…ูู‚ูŽุงู…ูŽ ู„ูŽูƒูู…ู’ ููŽุงุฑู’ุฌูุนููˆุง

Dan juga masa itulah golongan Munafiq antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. (al-Ahzab: 13)

Mengapa Takbir Raya Sebut Tentang Perang Ahzab?

6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.

Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke dalam pemikiran Muslim.

7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun dibenci oleh orang kafir. Ia termaktub dalam lafaz:

ูˆูŽู„ูŽุง ู†ูŽุนู’ุจูุฏู ุฅู„ูŽู‘ุง ุงูŠุงู‡ ู…ูุฎู’ู„ูุตููŠู†ูŽ ู„ู‡ ุงู„ุฏู‘ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูƒูŽุฑูู‡ูŽ ุงู„ู’ูƒูŽุงููุฑููˆู†ูŽ

โ€œdan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.โ€

8. Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun bersikap keras tehadap saudara Muslim.

Sedarlah kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Sumber info dari Dr. Ahmad Sanusi Azmi

514 total views, 3 views today

Tips Ubat Yang Perlu Ada Ketika Balik Kampung Atau Semasa Travel

Tips Ubat Yang Perlu Ada Ketika Balik Kampung Atau Semasa Travel

Tips Ubat Yang Perlu Ada Ketika Balik Kampung Atau Semasa Travel

Sudah pasti ramai yang tengah bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Ada yang dah start packing barang?

Haa, buat checklist siap-siap takut ada barang & bekalan penting yang tertinggal pula nanti!

Sambil-sambil tu, boleh masukkan juga list bekalan ubat-ubatan basic yang perlu ada ketika pulang ke kampung.

Kita perlu ambil langkah berjaga-jaga ya! Ada fasiliti kesihatan yang bercuti di musim perayaan. Ada juga yang sukar diakses sepanjang perjalanan. Jadi agak susah untuk dapatkan bekalan ubat-ubatan.

Jadi,… Ubat Apa Yang Perlu Di Bawa Ketika Balik Kampung atau Semasa Travel?

Tips Ubat Yang Perlu Ada Ketika Balik Kampung Atau Semasa Travel
Kredit gambar & info dari Farmasi Salam

Biasanya ada 3 senario biasa yang berkemungkinan boleh berlaku di kampung halaman atau sepanjang travel:

1. Tak sedap badan, rasa macam demam, selsema, batuk-batuk. Di musim perayaan pula sangat sinonim dengan hidangan air sejuk berais kan? Hah, apa lagi.. Standby juga kalau-kalau sakit tekak nanti!

Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas:

โœ… Paracetamol
– Demam, tak sedap badan, pening kepala

โœ… Loratadine
– Selsema/alahan/gatal
– Tidak mengantuk, siapa drive boleh ambil

โœ… Cloperastine HCl (batuk) + Bromhexine (jika ada kahak)

โœ… OTC throat lozenges
– Melegakan sakit tekak
– Ada juga buat hilang ngantuk ketika drive๐Ÿ˜…

 

2. Mabuk jalan? Atau makan terlalu banyak?Rasa macam tersalah makan? Haish, mulalah perut rasa sakit, kejang dan cirit birit!

Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas:

โœ… Dimenhydrinate
– Mengelakkan / mengurangkan muntah, loya, pening kepala dan mabuk jalan

โœ… Charcoal tablets
– Disarankan pengambilan ketika sakit perut, cirit birit
– General detoxification agents. Boleh bantu nyah toksin di dalam perut

โœ… Hyoscine butylbromide
– Sakit perut, perut kejang dan tidak selesa

โœ… ORS (air garam)
– Mengelakkan dehidrasi ketika perjalanan jauh & sakit perut

3. Rasa macam tersalah urat angkat beg-beg yang berat? Sakit pinggang ubah suai kedudukan perabot dalam rumah? Sambil-sambil membawang nak masak rendang terhiris jari?

Hah, perlu standby apa? Antara yang boleh membantu:

โœ… Mefenamic acid
– Ubat tahan sakit

โœ… Pain management cream/oinments
– Melegakan kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan

โœ… Krim luka
– Mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka kecil

โœ… Plaster luka
– First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana!

Ni antara idea bekalan ubat-ubatan untuk orang dewasa. Tapi kebanyakkannya merupakan ubat-ubatan terkawal ya! Perlu dapatkan khidmat nasihat pegawai farmasi jika perlukan ubat-ubatan ni.

Kami doakan semoga semuanya sihat & selamat dalam perjalanan pulang ke kampung. Dan berhati-hatilah ketika memandu. Semoga Tips Ubat Yang Perlu Ada Ketika Balik Kampung Atau Semasa Travel ni berguna pada korang …๐Ÿ˜

 

828 total views, no views today

Tips Senaman Pada Bulan Ramadan

Tips Senaman Pada Bulan Ramadan

Tips Senaman Pada Bulan Ramadan

Sejak 2-3 tahun ni abam dah tak brapa aktif dalam bidang coaching fitness sebab lebih tumpukan kepada business servis makanan. Tapi masih ada lagi rakan-rakan yang bertanya tentang tips-tips latihan terutama di bulan Ramadan.

Tips Senaman Pada Bulan Ramadan

Kat sini abam nak kongsikan tips-tips yang abam gunakan setiap kali tiba bulan Ramadan. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu korang nanti.

Tips Senaman Pada Bulan Ramadan

1 โ€“ Kardio/bersukan

Perlu di ingat, keperluan sebenar semasa kita semasa berpuasa adalah air, dan bukannya makanan. Dengan bersukan seperti berlari, bermain bola sepak, dan pelbagai jenis kardio lagi, kita akan kehilangan begitu banyak kandungan air dalam badan menerusi proses pernafasan/respirasi, dan peluh. Tanda-tanda mudah yang menunjukkan kita kekurangan air dalam badan ialah keletihan, pening, dan warna air kencing (lebih pekat kuning warna kencing, menunjukkan kita kekurangan air).

Tips Senaman Pada Bulan Ramadan

Kardio yang ringan pada sebelah petang tidak menjadi masalah, bukan sahaja untuk para atlit yang berlatih untuk kejohanan terdekat, malah untuk mereka yang ingin membakar lemak badan dengan banyak memandangkan paras glycogen dalam badan pada ketika ini adalah sangat rendah (kardio dalam 15 minit pun dah boleh membakar banyak lemak). Jangan terlalu intense dan bersungguh-sungguh seperti hari-hari biasa (hari bukan puasa); 50% intensiti daripada biasa pun sudah memadai.

Sebagai contoh, jika kebiasaannya anda berjogging selama 30 minit tanpa henti, ketika berpuasa memadailah dibuat sekitar 10-15 minit sahaja. Berhenti serta-merta apabila mula terasa pening. Sekiranya anda merupakan seorang atlit seperti marathoner atau pemain bola sepak, dan memerlukan latihan/kardio yang intensif, lakukannya selepas berbuka puasa. Siapkan juga bekalan seperti beberapa biji kurma dan air kosong, sekiranya senaman dilakukan di luar rumah seperti di taman.

Melewatkan waktu senaman/kardio menghampiri waktu berbuka adalah yang SANGAT digalakkan, kira-kira 1 jam sebelum berbuka, supaya ketika selesai sahaja sesi senaman, anda boleh minum air dan mengisi terus-menerus tubuh badan dengan nutrien yang diperlukan. Pastikan hidangan untuk berbuka sudah disediakan atau dibeli sebelum memulakan senaman, kerana ini adalah untuk kesenangan anda kelak.

2 โ€“ Weight training

TIDAK digalakkan, kerana ketika berpuasa badan kekurangan nutrisi yang diperlukan untuk membebaskan tenaga yang diperlukan. Sebagai contoh, kekurangan glycogen untuk sumber tenaga, kekurangan B kompleks untuk pembebasan tenaga yang efisien, dan kekurangan BCAA/protein untuk membaiki kembali otot setelah mengangkat beban. Apa yang akan berlaku jika diteruskan juga? Pertama sekali, form akan lari daripada yang sepatutnya. Jika kebiasaanya anda mampu melakukan bicep curl sebanyak 12 kali ulangan (3 set) untuk berat 10kg, mungkin ketika berpuasa anda hanya mampu melakukan dalam 10 kali ulangan (2 set), manakala set ketiga hanya mampu dilakukan sekitar 8 kali ulangan sebelum mencapai failure. Secara mudah, persamaan berikut menerangkan segala-galanya.

form lari = tiada perkembangan = sia sia

Kedua, dek kerana kekurangan sumber tenaga, badan akan mula menguraikan otot (muscle catabolism) sebagai sumber tenaga alternatif. Dan situasi ini berterusan bukan sahaja sehingga anda habis melakukan weight training, tetapi sehingga waktu berbuka puasa. Ini kerana ketika berpuasa kita tidak dibenarkan untuk mengambil makanan, dan ini menyekat keperluan badan yang amat โ€˜merayu-rayuโ€™ memerlukan protein dan karbohidrat untuk membaiki kembali otot yang bekerja tadi. Kejadian ini bercanggah dengan tujuan asal kita melakukan weight training, iaitu untuk memperkuatkan dan menambah berat otot. Persamaan berikut menerangkan segala-galanya yang berlaku (untuk jangka masa panjang).

Muscle catabolism
= banyak otot yang terurai
= kurangnya sel otot berbanding sel lemak
= berat badan akan turun, tapi Body Fat % akan kekal
= kadar metabolisma semakin rendah
= Body Fat % akan terus naik dan naik
= OBESITI (jika tidak dicegah, terutama selepas raya)

Secara ringkasnya, DON’TS :

– Jangan berlatih terlalu intense atau banyak lakukan aktiviti kardio kerana ini boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.

– Jangan sekali-kali makan makanan berkarbohidrat tinggi sewaktu iftar kerana boleh menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk semasa solat terawih.

– Jangan minum minuman yang tinggi kafein kerana ia boleh mengganggu anda dalam kehilangan cairan dalam badan. Coke, diet coke, kopi serta soda sememangnya tidak digalakkan

Tips Senaman Pada Bulan Ramadan : Waktu yang di sarankan untuk bersenam

Waktu yang paling sesuai untuk bersenam ialah waktu Selepas berbuka berpuasa dan paling afdal selepas solat terawih.

1 โ€“ Kardio/bersukan

Bergantung pula pada pukul berapa anda hendak memulakannya. Sekiranya hendak melakukannya seawal jam 8 malam, pastikan ketika berbuka tu makan sesuatu yang ringan dan mudah dihadam, seperti buah pisang, beberapa biji kurma dan whey protein/susu skim. Elakkan makan makanan berlemak kerana lemak akan melambatkan proses pencernaan. Sekiranya ketika berbuka tu anda sudah makan makanan yang berat dan berlemak, pastikan mulakan sesi bersukan/kardio seawal 2 jam selepas berbuka.

2 โ€“ Weight training

Tips Senaman Pada Bulan Ramadan

Seperti kardio, ini juga bergantung kepada pukul berapa anda hendak memulakannya. Strategi pemakanan juga adalah sama seperti kardio. Namun, sekiranya niat anda melakukan weight training untuk menaikkan berat badan (otot), sila lupakan hasrat anda kerana itu merupakan sesuatu yang sukar dan hampir mustahil untuk terjadi. Latihan mestilah dalam lingkungan 45 minit hingga 60 minit sahaja. Pastikan minum air dalam 1liter ke 1.5 liter.

Gunakan peluang weight training yang ada untuk mengekalkan otot dan kekuatan yang sedia ada, disamping mengurangkan kadar penurunan metabolisma yang jatuh mendadak (berpuasa menurunkan kadar metabolisma). Kekalkan intensiti yang sama seperti hari-hari sebelumnya dan pastikan progres yang sebelumnya diteruskan, kerana hilang (jatuh) progres bererti hilang otot.

Walhal bersenam ketika berpuasa mampu membantu menurunkan berat badan dengan banyak, aku mengesyorkan ubahlah niat bersenam itu kepada untuk mengekalkan stamina dan kesihatan. Usah bimbang akan kenaikan berat badan kerana aku jarang mendengar ada orang yang naik berat badannya ketika bulan puasa, kerana selalunya pengambilan kalori akan menjadi kurang dari normal tanpa kita menyedarinya.

Tips Senaman Pada Bulan Ramadan : Secara ringkasnya, DO :

– Kurangkan intensiti latihan semasa di bulan Ramadan. Berlatih hanya untuk mengisi otot anda dengan darah yang mencukupi.

– Berlatih sama ada selepas waktu sahur ataupun sebaiknya selepas makan waktu iftar yang anda ada selepas solat terawih jika anda boleh.

– Latihan anda mestilah dalam lingkungan masa 45 minit hingga 60 minit.

– Pastikan minum sekurang-kurangnya 1L-1.5L air di antara waktu iftar sehingga waktu tidur anda.

– Berbuka puasa dengan sekadar beberapa kurma, protein shake atau makan sedikit kuantiti makanan berprotein seperti ayam, ikan, salad dan buah-buahan. Mulakan latihan di gym setelah selesai terawih. Sebaiknya anda perlu mengambil makanan yang tinggi karbohidrat dan protein selepas habis latihan. Nasi basmati, ayam bakar, salmon, sweet potato atau salad adalah contoh terbaik yang boleh anda ambil.

 

Sekiranya ada juga yang mengalami kenaikan berat badan, maka kenaikan berat itu tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan pemilihan makanan yang tidak sihat dan berkalori tinggi, dan percayalah bahawa yang naik itu majoritinya adalah lemak. Tidak percaya? Sukat Body Fat % anda sebelum dan selepas bulan puasa, dan bandingkan. Jika berat badan anda naik selepas bulan puasa, secara teorinya bacaan Body Fat % selepas bulan Ramadhan adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Pesanan terakhir pastikan anda benar-benar sihat (tiada penyakit kronik seperti Diabetes, hypertension, asma, lemah jantung, dan seangkatan dengannya) sebelum mengikuti tips yang disampaikan di sini. Golongan ini juga harus mendapatkan nasihat lanjut daripada doktor sebelum memulakan apa-apa program senaman ketika bulan Ramadhan.

 

Info susu sejat

451 total views, no views today

Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Assalamualaikum, hai korang…
Tahun ni, Projek Cookies Raya Khaisya Delite kembali lagi. Untuk tahun ni, Khaisya Delite menampil beberapa menu cookies raya yang baru & mengekalkan beberapa jenis cookies yang mendapat permintaan yang tinggi untuk tahun-tahun sebelum ni.

Senarai Cookies Raya 2019

1. Almond Chocolate Tart ( Recommend & Top sale setiap tahun)

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Yang ni paling digemari & paling banyak permintaan setiap kali nak raya. Setiap sebiji cookies tu gukakan 1 biji almond tau. Pastu chocolate yang digunakan pun dari gred premium.
Harga Rm28 / 50 pcs

2. Chocolate Chips Cookies

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Antara yang paling laku keras sejak Khaisya Delite buat projek cookies raya ni. Rasa pulak nak ala-ala cookies femes amos tu.
Harga Rm28 / 330gm.

3. Cheezy Red Velvet Cookies

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019
Mula di perkenal pada 2018 & terus mendapat sambutan dari pelanggan Khaisya Delite. Rasanya sedap..ada rasa red velvet, ada cheezy sket.
Harga Rm28 / 330gm

4. Oreo Choc Tart

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Harga Rm28 / 50 pcs

 

5. Bangkit Cheese

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Harga Rm30 / 60-65pcs

 

6. Pistachio Conflakes Crunchy

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Harga Rm30 / 50 pcs

 

7. Choc Coffee Crunchy

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Harga Rm28 / 50 pcs

8. Oreo Crunchy

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019

Harga Rm28 / 50 pcs

Pek Hamper & Goodies.

Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019
Antara Contoh set hamper
Setiap 1 pek Rm19 sahaja
Projek Cookies Raya Khaisya Delite 2019
Antara contoh goodies

Selain dari pek cookies biasa, Khaisya Delite juga sedia menerima tempahan goodies & hamper untuk majlis hari jadi, perkahwinan, pertunangan & lain-lain

Untuk tempahan & keterangan lanjut, boleh hubungi :
No telefon – 019 6228446
IG :https://instagram.com/khaisyadelite

727 total views, no views today